Anjing Tertinggi Di Dunia






TUCSON – Pihak Guinness World Records mengumumkan seekor anjing baka Great Dane di Amerika Syarikat (AS) sebagai anjing paling tinggi di dunia kerana ketinggian yang diukur dari kaki hingga ke bahunya mencecah 1.09 meter.

Anjing yang diberi nama Giant George itu tinggi dua sentimeter berbanding pesaing rapatnya, Titan yang juga daripada baka Great Dane dari San Diego.

Beberapa pegawai Guinness menyatakan wujud laporan yang bercanggah berkaitan ketinggian George menyebabkan mereka menghantar seorang juri untuk mengesahkannya.

Anjing seberat 115 kilogram yang berusia empat tahun itu dimiliki oleh David Nasser. – AP

kredit : kosmo.com.my

No Response to "Anjing Tertinggi Di Dunia"

Posting Komentar

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme